page contents

Sunday, 11 October 2015

Hotel Review : Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka


Hujung minggu lepas huda dan family penuhi jemputan kakak ipar yang ajak join Family Day company dia (Petronas). Huda menginap 2 hari 1 malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Jom huda kongsikan review hotel ini untuk panduan anda yang ingin bercuti di sini.
Tanjung Bidara Beach Resort ini terletak di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. 
Sampai sahaja di resort, huda ambil kunci chalet dari pihak penganjur. Chalet yang kami duduk berada di atas bukit dan menghadap pantai Tanjung Bidara. Memang sangat cantik!
Ini pemandangan luar Chalet.  Nampak tak jerebu? Kalau tak jerebu mesti lagi cantikkan permandangan dari luar Chalet ni.
Ok, jom masuk dalam tengok chalet, tengok macamana keadaan dalam chalet ni, best ke tak yer...
Chalet yang kami duduk ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. 
Bilik utama - katil queen. Manakala 2 bilik lain 2 katil single.


Ini hallway dari bilik utama ke bilik lain. First time jumpa fire extinguisher dalam bilik hotel. Maka, wajib la si Arif Hakim ni main, hehe



Ini pula ruang tamu untuk istirehat dan menonton TV. Ada dekoder astro,namun hanya ada siaran TV 1, TV2, TV 3, TV 9 dan NTV 7 sahaja.  


Abaikan keadaan bersepah ni, hero kecik dua orang ni memang tak sampai seminit dah teroka habis keluarkan semua barang.


Kemudahan lain yang ada di Tanjung Bidara Beach Resort ini adalah swimming pool yang luas menghadap selat melaka. Sangat cantik permandangan dan sangat sesuai nak rehatkan minda.


 

Kemudahan lain adalah Restauran. Huda tak berkesempatan nak merasa makanan di sini sebab join family day, semua makanan di sediakan oleh pihak penganjur.




 Unikkan tempat letak makanan yang digunakan untuk menghidang makanan di luar dewan.




Mesin top up automatik juga terdapat di kawasan lobby hotel untuk memudahkan para pengunjung.


Surau juga turut tersedia di bahagian belakang kawasan lobby.


Kedai cenderahati juga ada terdapat di kawasan lobby hotel.

Untuk lebih info, kadar harga bilik dan kemudahan lain 
KLIK >> http://tanjungbidarabeachresort.com/ <<<
Ok, sekian perkongsian tentang hotel review : Tanjung Bidara Beach Resort , Melaka. 
Next entry huda akan berkongsi tentang aktiviti The Arifs di sini. Stay Tuned!
some_text

No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan atau pendapat yang diwakili dalam blog ini adalah peribadi dan dimiliki sepenuhnya kepada pemilik blog dan tidak menggambarkan pendapat orang, institusi atau organisasi . Apa-apa pandangan atau pendapat tidak bertujuan untuk memfitnah mana-mana agama, kumpulan etnik, kelab, organisasi, syarikat, atau individu. Semua kandungan yang disediakan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak membuat sebarang perwakilan terhadap ketepatan atau kelengkapan maklumat di laman web ini atau ditemui dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat yang disampaikan dalam blog ini Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan daripada paparan atau penggunaan maklumat ini. Komen adalah dialu-alukan. Walau bagaimanapun, pemilik blog berhak mengedit atau memadam mana-mana komen dikemukakan kepada blog ini tanpa notis. Pemilik blog tidak bertanggungjawab terhadap kandungan dalam komen.

LIVE TRAFFIC